Wednesday 27 April 2011

DMPK ziarah anak En Rozman dan ziarah Pn Hasnah


Pada 19 April 2011 yang lepas, Pn Nashirah serta Cik Nor Hidayah telah melawat anak kepada En Rozman (Penolong SU PAS Puchong 1) di Hospital Putrajaya akibat kemalangan yang berlaku sehari sebelumnya. Sesampainya kami di hospital, anaknya sedang berada dalam bilik pembedahan dan dijangka melalui pembedahan tulang dan kerangka muka selama 7 jam. Menurut ibu mangsa (isteri kepada En Rozman), mangsa mungkin terpaksa menangguhkan pengajian semester pertamanya di UM untuk memastikan tahap kesihatannya pulih keseluruhannya. Doktor memberi keyakinan bahawa mangsa akan kembali normal. Doktor yang merawatnya menganggarkan kos rawatan ialah sekitar RM 7000. Didoakan agar mangsa dan keluarganya tabah dan sabar mengharungi ujian daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Pada keesokan harinya iaitu 20 April 2011, DMPK yang diwakili oleh Pn Norzaihan, Pn Norizan serta beberapa AJK telah menziarahi Pn Hasnah (Guru Kanan PASTI Putra Permai) di Hospital Serdang kerana menjalani pembedahan di bahagian lutut. Menurut Pn Hasnah, beliau tidak mengalami apa-apa simptom kesakitan di lutut atau apa-apa tanda untuk sebarang penyakit. Didoakan agar Pn Hasnah juga tabah dan sabar menghadapi ujian ini, dan disembuhkan segera dengan izinNYA untuk kembali bertugas di PASTI.

"Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan."

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment