Saturday 27 August 2011

Salam Eidul Fitri


Dewan Muslimat PAS Puchong mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri
serta Maaf Zahir Batin kepada semua warga muslimin dan muslimat.

Raikan Syawal dengan penuh rasa kesyukuran atas kemenangan bermujahadah pada Bulan Ramadhan.
Selamat meneruskan tarbiyyah Ramadhan.

Hati-hati di jalan raya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!




Tuesday 23 August 2011

Program Ramadhan Menyubur Keinsafan

Alhamdulillah, pada hari Ahad lepas bersamaan 21 Ramadhan 1432H (21 Ogos 2011) telah berlangsungnya satu majlis yang dinamakan sebagai "Program Ramadhan Menyubur Keinsafan". Ia adalah program tahunan DMPPuchong dalam bulan Ramadhan. Program dimulakan dengan Solat Asar di Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara 5, seterusnya sumbangan kepada ibu tunggal dan warga miskin. Sejurus selepas itu ialah program kemuncak iaitu khatam Al-Quran yang dihadiri oleh semua muslimat cawangan. Slot tazkirah oleh Pn Faridah Awadh mengakhiri majlis khatam alquran, sebelum semua muslimat beredar ke tempat berbuka puasa.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Program Pn Nor Zarina Mohd Azhar selaku Ketua Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan DMPPuchong, serta AJK Pelaksana program. Jazakallahu khairan kathira juga kepada Tuan Nazir Masjid BK5 iaitu Ustaz Abdul Halim serta semua Muslimat Bandar Kinrara yang sudi menerima dan menjadi tuan rumah untuk program tersebut. Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina serta Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNS, Puan Rabiah atas masa yang diluangkan serta sumbangan yang dihulurkan khusus untuk DUN Sri Serdang. Tidak lupa juga kepada Pn Noor Hanim Ismail atas kehadirannya selaku wakil daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sri Serdang. Kepada semua individu yang telah menyumbang dalam apa jua bentuk, syukran jazilan kami ucapkan. Kerjasama semua pihak amat dihargai dan Allah sahaja yang selayaknya menilai dan membalasnya. Allahuakbar!

RAMADHAN MENYUBUR KEINSAFAN

Program anjuran BAKEWANIS dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sri Serdang (PKMDSS) dan Masjid Al Ehsan BK5


Dari kiri: Pn Nor Zaihan, Ustazah Wan Hasrina, Pn Rabiah, Pn Hanim

Hadirat mendengar ucapan daripada Ustazah Wan Hasrina

Ustazah Wan Hasrina selaku Pengerusi BAKEWANIS menyampaikan sumbangan


Pn Noor Hanim selaku wakil PKMDSS

Terima kasih Tuan Nazir, Ustaz Abd Halim atas kesudian menyampaikan sumbangan

Syukran jazilan Kak Sham atas kerjasama yang diberikan selaku Ketua Biro Muslimah Masjid

Majlis Khatam Alquran diketuai oleh Pn Faridah Awadh

Muslimat Putra Permai dan Kg Tengah

Muslimat Puncak Jalil

Kombinasi Muslimat Serdang Jaya, Taman Sri Serdang, Taman Puchong Intan, Jalan Indah Seksyen 3 dan Aman Bistari

Pengarah of the Day!

Muslimat Kg Tengah sedondon hijaunya!


Iftar time, Alhamdulillah ^_^

Kafe Pn Jareah (Ketua Muslimat BK6) yang menjadi tempat kami menjamu selera, jazakillah atas hidangan yang istimewa

Pelbagai juadah, rezeki jangan ditolak ^_^

Allahu Ghoyatuna!

Ramadhan.. Pemergianmu ditangisi, Kedatanganmu sentiasa dinanti..

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! 








Thursday 11 August 2011

Edaran Bubur Ramadhan 1432 H


Edaran Bubur Ramadhan 1432 H
Berhampiran Stesen Minyak SHELL Puchong Permai
7 Ogos 2011 / Ahad
3.30 petang






Ramadhan Menyubur Keinsafan

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Tuesday 2 August 2011

Ramadhan Kareem



Selamat Menyambut Ramadhan 1432H dengan penuh rasa tawadu'.

Marilah kita berusaha memperbanyak amal soleh dalam bulan yang penuh barokah ini.

Kurangkan dan hilangkan sifat mazmumah, tingkatkan sifat mahmudah!

Bersama membersihkan diri dengan tarbiyyah Ramadhan.

Ramadhan Kareem!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!