Wednesday 30 November 2011

Liqa' Akhawat Sempena Maal Hijrah 1433H

26 hb November 2011, Sabtu.
Masjid Istiqamah, Kg. Sri Andalas, Puchong

Bersempena dengan tahun baru hijriah iaitu 1433H, Dewan Muslimat PAS Puchong di bawah Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan bersama Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan telah menganjurkan Liqa Akhawat di Masjid Istiqamah, Kg. Sri Andalas Puchong . Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada saff Biro Wanita dan juga AJK masjid yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Program gotong-royong antara muslimat PAS Puchong dengan kariah muslimat Masjid Istiqamah bermula pada jam 9 pagi. Gotong-royong untuk menyediakan juadah bubur lambuk serta memasak gulai kambing.

potong kentang sampai tersenget kepala kakak kita ni...
kambing oh kambing oh kambing
jangan terpotong jari yang bulat-bulat tu ye kak..
ketua chef kita.....kak ani

kusyuknya kakak-kakak ni memotong-motong


Selesai menyediakan bahan-bahan untuk masakan, muslimat beramah mesra sambil menikmati juadah kuih muih, bihun goreng serta teh tarik yang disediakan.

mari kita minum dulu...

Jam 3 petang, muslimat mendengar ceramah dari Ustazah Nuridah Salleh. Dengan tajuk "HIJRAH: BUKAN SEKADAR LINTASAN SEJARAH TETAPI HUKUM YANG MASIH BERJALAN"

Antara intipati yang disampaikan :

1. Hijrah Rasulullah s.a.w adalah gabungan antara ikhtiar manusia dan perlindungan
    Allah.
2. Hijrah Rasulullah s.a.w adalah titik peralihan membina sejarah perkembangan
    Islam.
3. Hijrah Rasulullah s.a.w  bukan bertujuan untuk membuat atau mengistiharkan
    bermulanya tahun baru hijrah. Tetapi ianya adalah bertujuan untuk menyampaikan
    dan mengembangkan Islam.
4. Tahun baru Hijrah di istiharkan oleh sahabat yang faqeh iaitu khalifah Saidina Umar
    pada zaman pemerintahannya  bukan pada zaman Rasulullah s.a.w
5. Sambutan tahun baru hijrah bukan sekadar sambutan yang diraikan dengan bercuti,
    perarakan, selawat dan menaikan banner. 
6. Hijrah adalah lebih melihat kepada usaha peralihan untuk melaksanakan Islam.
    Bermakna, syariat  Islam itu perlu dilaksanakan dengan melakukan hijrah.
7. Persoalan yang perlu kita tanya pada diri kita  ialah "Terlaksanakah maksud hijrah
    yang sebenarnya dalam diri, keluarga dan masyarakat kita bila kita menolak hukum
    Allah dan melaksanakan (mengagongkan) hukum buatan manusia?"

Ustazah Nuridah Salleh

Kusyuk mendengar...

K.zai (Ketua Muslimat Puchong)  kusyuk mendengar

Jam 4 petang, sementara menunggu solat Asar, muslimat menjamu selera bubur lambuk dan nasi berlauk gulai kambing yang telah dimasak pada sebelah paginya.

sedap ke kak...?

jemput makan..jemput makan...saya amik gambar ni ye...

anak-anak pun meriahkan susana...bersedia berhijrah ye anak-anak..

    
Dewan Muslimat PAS Puchong merakankan  ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam pelbagai bentuk sumbangan dalam menjayakan gotong-royong memasak dan ceramah ini terutamanya Pn Rohani Ali dan Pn. Kalsom Bidin serta muslimat Masjid Istiqamah.

Semoga Allah menerima amal jariah kita dan memberikan kefahaman yang jelas kepada kita khususnya muslimat dalam  melahirkan  dan membentuk generasi yang memahami tuntutan HIJRAH yang sebenar.

"dari darul kufar ke darul Islam"

1 comment:

  1. Saya terjumpa blog ni. Seronok juga tengok entri ttg muslimah beraktiviti sbg satu usaha dakwah. TAPI...

    "dari darul kufar ke darul Islam"

    bila baca moto ini trus rasa menyampah. Adakah darul kufar itu Malaysia? Saya rasa Malaysia masih byk Islamnya dan blm layak digelar sedemikian.
    Maaf lah cakap. Mengeji muslim lain yg blum tentu salahnya bukan sunnah Nabi dan syiar Islam (kalau 1-2 buat silp, jgn main pukul rata). Ahli PAS pun byk yg buat dosa besar. tapi saya tak benci mahupun mengeji PAS hanya kerana 1-2 buat silap. begitu juga UMNO.

    muhasabahlah diri sendiri sblm kata orang lain.
    sbg muslim kenalah adil.

    ReplyDelete