Saturday 21 May 2011

Gelombang Munajat Perdana Muslimat kali ke-2


Alhamdulillah, pada 14 Mei 2011 yang lepas, Gelombang Munajat Perdana Muslimat kali ke-2 anjuran Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan DMP Puchong telah diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kg Kenangan. Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Muslimat DMPNS) telah hadir bersama-sama Pn Noriza Abu Bakar (AJK DMPNS) untuk mengetuai program munajat ini. Seperti biasa, program dimulakan dengan jamuan makan malam di Tingkat Bawah Markaz, kemudian diikuti dengan solat Maghrib berjemaah, solat Hajat dan zikir munajat. Ustazah Wan Hasrina kemudian memberikan tazkirah kepada muslimat yang hadir dan menyampaikan kata-kata semangat untuk terus kuat bekerja kerana pilihanraya dijangkakan tidak lama lagi.

Selepas itu, Pn Norzaihan (Ketua DMP Puchong) mengumumkan jumlah kutipan dana bangunan DMPNS yang berjaya dikumpulkan oleh muslimat-muslimat PAS Puchong dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua. Program ini berakhir selepas solat Isyak berjemaah dan seterusnya mengikuti Kuliah Haraki bulanan yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Zulkifli (Ketua Dewan Ulama Melaka). Diharap, pesanan Ustazah Wan Hasrina kepada muslimat PAS Puchong agar terus melazimkan diri dengan membuat amalan-amalan bersifat rohaniyyah sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan diambilberat oleh setiap dari kita yang bergelar pejuang PAS! Allahu Akbar!


 Menjamu selera sebelum waktu Maghrib


 Ustazah Wan Hasrina mengimamkan Solat Maghrib dan Solat Hajat secara berjemaah


Bacaan Zikir Munajat yang dipimpin oleh Ustazah Wan Hasrina


 Mengaminkan doa

Tazkirah oleh Ustazah Wan Hasrina

Ucapan ringkas daripada Pn Norzaihan


  Sesi bergambar dengan Ustazah Wan Hasrina dan Pn Noriza selepas selesai Solat Isyak

 Sesi penyerahan dana oleh DMP Puchong kepada Ustazah Wan Hasrina selaku Pengerusi Lajnah Bangunan DMPNS


 Semoga thabat dalam perjuangan!

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment