Wednesday 25 May 2011

Jelajah Penerangan ke 7 Zon


Pembukaan tirai utk Dewan Muslimat PAS Puchong pada sesi ini telah dimulakan dengan lawatan ke cawangan-cawangan melalui zon masing-masing. Program yang dinamakan sebagai Jelajah Penerangan telah melibatkan kesemua AJK DMP Puchong. Pengisian yang santai serta ringkas memudahkan pihak dewan serta cawangan beramah mesra. Semoga program dua hala seumpama ini dapat menjalinkan ukhuwwah yang mantap antara pimpinan Muslimat peringkat Kawasan serta muslimat di peringkat cawangan dalam usaha mencapai visi dan misi Dewan Muslimat PAS Puchong Sesi 2011-2013 ini. Terima kasih kepada semua (^_^)


JELAJAH PENERANGAN DI ZON C bertempat di MASJID ASSALAM





JELAJAH PENERANGAN DI ZON A bertempat di SURAU SRI NURUL HIDAYAH






Saturday 21 May 2011

Gelombang Munajat Perdana Muslimat kali ke-2


Alhamdulillah, pada 14 Mei 2011 yang lepas, Gelombang Munajat Perdana Muslimat kali ke-2 anjuran Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan DMP Puchong telah diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kg Kenangan. Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Muslimat DMPNS) telah hadir bersama-sama Pn Noriza Abu Bakar (AJK DMPNS) untuk mengetuai program munajat ini. Seperti biasa, program dimulakan dengan jamuan makan malam di Tingkat Bawah Markaz, kemudian diikuti dengan solat Maghrib berjemaah, solat Hajat dan zikir munajat. Ustazah Wan Hasrina kemudian memberikan tazkirah kepada muslimat yang hadir dan menyampaikan kata-kata semangat untuk terus kuat bekerja kerana pilihanraya dijangkakan tidak lama lagi.

Selepas itu, Pn Norzaihan (Ketua DMP Puchong) mengumumkan jumlah kutipan dana bangunan DMPNS yang berjaya dikumpulkan oleh muslimat-muslimat PAS Puchong dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua. Program ini berakhir selepas solat Isyak berjemaah dan seterusnya mengikuti Kuliah Haraki bulanan yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Zulkifli (Ketua Dewan Ulama Melaka). Diharap, pesanan Ustazah Wan Hasrina kepada muslimat PAS Puchong agar terus melazimkan diri dengan membuat amalan-amalan bersifat rohaniyyah sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan diambilberat oleh setiap dari kita yang bergelar pejuang PAS! Allahu Akbar!


 Menjamu selera sebelum waktu Maghrib


 Ustazah Wan Hasrina mengimamkan Solat Maghrib dan Solat Hajat secara berjemaah


Bacaan Zikir Munajat yang dipimpin oleh Ustazah Wan Hasrina


 Mengaminkan doa

Tazkirah oleh Ustazah Wan Hasrina

Ucapan ringkas daripada Pn Norzaihan


  Sesi bergambar dengan Ustazah Wan Hasrina dan Pn Noriza selepas selesai Solat Isyak

 Sesi penyerahan dana oleh DMP Puchong kepada Ustazah Wan Hasrina selaku Pengerusi Lajnah Bangunan DMPNS


 Semoga thabat dalam perjuangan!

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Monday 9 May 2011

Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Alhamdulillah, pada 8 Mei 2011 bersamaan 5 Jamadilakhir 1432 H, telah berlangsungnya Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor kali ke-24, bertempat di Mini Convention Centre Sabak Bernam. Seawal 8 pagi, telah ramai perwakilan dan pemerhati muslimat dari 22 kawasan hadir. Dewan Muslimat PAS Puchong telah menghantar seramai 8 perwakilan iaitu Pn Norzaihan, Pn Norizan, Pn Nashirah, Cik Nor Hidayah, Pn Noor Aini Zainuddin, Pn Noraini Shareff, Pn Hapipah dan Pn Aziah. Pn Nor Zarina dan Pn Kalsom pula hadir sebagai perwakilan DMPNS.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat, menggantikan Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang tidak dapat hadir kerana bersama anaknya yang kurang sihat di tempat beliau belajar iaitu di Afrika. Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan telah menyampaikan ucaptama dengan mengupas tema muktamar kali ini iaitu "Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah." Upacara penyerahan bendera PAS diiringi bendera Malaysia dan Selangor daripada Ustaz Idris Ahmad juga telah berjaya dilaksanakan dalam muktamar kali ini sebagai simbolik Pelancaran Jentera Pilihanraya HalWa Negeri Selangor. 

Sekitar jam 12.30 tengahari, Mesyuarat Agung DMPNS bermula. Sesi pemilihan untuk muktamar kali ini telah diketuai oleh YDP PAS Kuala Selangor. Sekitar jam 7.30 malam, muktamar ditangguhkan dengan ucapan penangguhan daripada Ketua Muslimat DMPNS sesi 2011-2013, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan. Semoga saff DMPNS yang terpilih akan melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin, bersama-sama 22 Dewan Muslimat PAS Kawasan yang ada di Selangor ini. 

Satukan hati, jernihkan fikrah, luruskan niat, Allahu Akbar!

 
Saff DMPNS sesi 2009-2011 memasuki Mini Convention Centre Sabak Bernam
Kehadiran tetamu kehormat
Perwakilan Dewan Muslimat PAS Puchong, selamat berjuang!
 Pn Norzaihan bersama perwakilan Dewan Muslimat PAS Puchong, meneliti buku muktamar

Pn Kalsom hadir sebagai perwakilan negeri 

Nyanyian lagu PAS menaikkan semangat para perwakilan serta pemerhati


Tetamu yang hadir, beserta perwakilan dan pemerhati yang sedang mendengar ucapan perasmian


 
 Ucapan perasmian oleh Ustaz Idris Ahmad

 
 Ucaptama oleh Ketua Muslimat DMPNS, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan

 
 Sesi pelancaran Jentera Pilihanraya HalWa Selangor diumumkan oleh Penyelaras Muktamar, Pn Noraini Hussin
 

 
Simbolik pelancaran Jentera Pilihanraya HalWa Selangor

Dari kiri: Pn Noraini Hussin, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Pn Norazlin Samsuddin dan Ustazah Mariam


Mendengar sesi perbahasan ucaptama daripada setiap Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan


 Mesyuarat Agung sedang berlangsung



Pn Norzaihan menbahaskan ucaptama KM DMPNS dengan tajuk "Persiapan Daie"


Dr Najihatussolehah hadir sebagai pemerhati daripada Dewan Muslimat PAS Pusat


Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

Allahu Akbar!  Allahu Akbar! Allahu Akbar!