Saturday 25 June 2011

JELAJAH PENERANGAN DI KG SRI AMAN

18 Jun 2011 Sabtu Lajnah Penerangan dan Dakwah DMP Puchong telah mengadakan Jelajah Penerangan di Zon A, yang merupakan zon terakhir dalam siri jelajah yg pertama ini.  Tahniah LPD..!





Saturday 18 June 2011

Sumbangan Kebajikan DMP di Puchong Permai

Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Puchong telah berjaya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan di cawangan Puchong Permai pada 15 Jun 2011 bertempat surau block 4.







Friday 17 June 2011

Hi Tea Nisa Bersama Guru Puchong

Nisa Puchong telah berjaya mengadakan Hi tea Nisa Bersama Guru Puchong seperti makluman berikut:

Tarikh: 12 Jun 2011
Tempat: Balai Masyarakat JKP 13
Masa: 2pm - 5pm

TAHNIAH adik-adik Nisa...









INTISARI TAUJIHAT UST. NASRUDIN HASAN AT-TANTAWI

Alhamdulillah kita rafakkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan iman dan taqwa kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W atas usaha baginda membolehkan kita mendapat hidayah Allah S.W.T.
 
Alhamdulillah Isnin (13/6/11) Allah S.W.T telah membawa Ust.Nasrudin Hasan al-tantawi ke Markaz PAS Kg. Kenangan. Satu perkongsian yang mantap dari Ust. Nasrudin buat kita, tambahan pula bahang muktamar masih terasa lagi kini.
 
Antara intipati taujihat semalam yang boleh ana kongsikan disini adalah saranan daripada  Ust. Nasarudin yang acapkali kita dengar bukan hanya daripada beliau sahaja tetapi pimpinan tertinggi lain seperti mursyidul am dan Tn.Guru Presiden iaitu  berkenaan penguasaan ilmu Islam.
 

JELAJAH KEBAJIKAN

Alahmadulillah pada 27 Mei 2011 (Jumaat) baru-baru ini AJK Dewan Muslimat yang diwakili oleh Ketua Muslimat, kak Zai, Timbalan KM Kak Nor, Setiausaha Shira, Pen SU 1 Edah. PSU2 Huda, Ketua Penerangan Dayah, Ketua NGO kak Som telah berkesempatan untuk mengadakan ziarah atau jelajah Kebajikan ke Kg Tengah.

Kami telah disambut mesra oleh ketua Muslimat Kg Tengah Kak Norfaiezah, beserta bebeberapa orang ajk muslimat cawangan.  Pada mulanya kami di bawa ziarah ke rumah sdr Haniza yang memdapat cahayamata perempuan yang ke 5.



Selepas itu kami di bawa menziarahi anak kepada ahli muslimat cawangan yang baru mendapat kemalangan dan mendapat kecederaan di mata.  Anak muslimat ini baru berumur 8 tahun.



Kemudian, kamu teruskan jelajah ke rumah balu mangsa mati lemas di sungai Kelang yang terletak di Kg Kuala Sungai baru. 




....bersambung..

Sunday 5 June 2011

USUL Pendidikan (Dewan Muslimat PAS Pusat)

Menyedari hampir keseluruhan umat lslam hari ini keliru dan terpedaya dengan kemilau sinar pendidikan yang berbentuk sekularisme hasilnya  kita sedang menyaksikan  insan yang berperibadi terpisah (split personality), separa sedar (sub-conscious) hilang daya tahan dan daya juang.

Menyedari senario keruntuhan akhlak yang amat parah di setiap peringkat umur, malah yang lebih menakutkan ialah mereka yang terpelajar tetapi berani melawan perintah Allah SWT dan tidak yakin dengan balasan akhirat.

Menyedari  Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1989 dengan meletakan TAUHID sebagai asas terulung kepada falsafah dan struktur pendidikan Negara. Konsep Bersepadu di antara aqidah, ilmu, kemahiran, akhlak, nilai-nilai murni, aspek local dan global serta dunia dan akhirat menjadi wasilah dalam pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara. 

Saturday 4 June 2011

Pemuda Lulus 3 Usul, Tolak Usul Tergempar

SHAH ALAM, 3 Jun - 3 usul yang diterima untuk dibahaskan oleh sidang dewan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kelmarin.

Usul pertama mengenai pilihanraya umum yang dibawa oleh DPP kawasan Hulu Langat telah ditolak setelah dibahaskan oleh sidang dewan muktamar manakala Usul kedua pula diterima dengan perbahasan tanpa pindaan oleh sidang dewan. Usul ini berkaitan pentadbiran PAS Negeri iaitu pengaktifan badan perhubungan PAS negeri yang diutarakan oleh DPP kawasan Lembah Pantai dan disokong oleh DPP kawasan Jerai.

Isu berkaitan kad pengenalan palsu yang dikeluarkan kepada warga asing dengan tujuan didaftarkan sebagai pengundi yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 yang akan datang merupakan usul ketiga yang dicadangkan oleh DPPP dan disokong DPP kawasan Miri.Ianya diterima majoriti sebulat suara oleh sidang dewan setelah dibahaskan oleh perwakilan dari Marang, Segambut, Shah Alam. 

DMP Puchong dalam Muktamar Muslimat Pusat

Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat
Bangunan SUK Shah Alam
2 Jun 2011

Perwakilan DMP Puchong:
1. Pn Norzaihan Ismail
2. Pn Norizan Hassan
3. Pn Norzarina Mohd Azhar
4. Pn Kalsom Bidin






Keputusan penuh pemilihan Dewan Muslimat PAS

SHAH ALAM, 2 Jun - Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:
Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap: Fatimah Ismail

Ketua: Siti Zailah Mohd Yusof, YB 385 undi

Timbalan Ketua: Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 437 undi
Naib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi, YB 334 undi

PROGRAM GERAK GEMPUR JPrD SERI SERDANG

29 Mei 2011 ahad. JPrD Dun Seri Serdang telah berjaya mengadakan program Gerak Gempur JPrD dengan mengedar risalah di sekitar Taman Puchong Utama.  Petugas telah dibahagi kepada 10 pasukan, dan setiap pasukan di bahagikan lokasi yang tertentu.  Muslimat telah memilih untuk bertugas dalam Carrefour.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas.






Thursday 2 June 2011

Taujihad - Ustaz Ahmad Idris

Penerangan PAS Puchong telah mengadakan program taujihad bersama Ustaz Idris Ahmad pada 31 Mei 2011 bertempat di Pejabat PAS Puchong.  Ustaz Idris Ahmad memberi menjelasan yang cukup baik untuk menghadapi PRU 13 nanti.