Saturday 30 April 2011

Usrah Qiadah


Alhamdulillah, Usrah Qiadah yang pertama telah diadakan pada 29 April 2011, bertempat di Pejabat Pentadbiran PAS Puchong, jam 8 malam. Usrah Qiadah ini dikhususkan untuk semua peringkat kepimpinan muslimat iaitu AJK DMP Puchong, Ketua Muslimat Cawangan serta AJK Tertinggi NISA. Usrah ini dipimpin oleh Naqibah Ustazah Wan Hasrina, Ketua Muslimat DMPNS merangkap AJK Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Muslimat PAS Pusat. Sementara menantikan kehadiran Ustazah Wan Hasrina, muslimat yang hadir mendirikan solat Isyak berjemaah. 

Buku yang dibincangkan untuk Usrah Qiadah kali ini ialah buku karangan Ustaz Mustafa Masyhur yang bertajuk Jalan Dakwah: "Antara Penyelewengan dan Keaslian." Ustazah Wan Hasrina sempat mengupas 3 bentuk penyelewengan yang dinyatakan dalam buku tersebut iaitu penyelewangan dalam bentuk matlamat perjuangan seseorang ahli gerakan islam, penyelewengan dalam bentuk sasaran ahli tersebut dalam perjuangan, dan penyelewengan berkaitan penglibatan ahli dalam jemaah. Usrah diakhiri dengan sesi soal jawab. Semoga tinta ilmu yang disampaikan dapat dijadikan iktibar oleh sekelian yang hadir dan dikongsikan bersama dalam usrah muslimat cawangan. Allahuakbar!

Ucapan ringkas daripada Ketua Muslimat, Pn Norzaihan sebelum usrah dimulakan


Muslimat yang hadir khusyuk menadah ilmu yang disampaikan

Sesi usrah berlangsung dengan santai, tetapi amat terkesan dengan penyampaian yang jelas daripada Kekanda Wan Hasrina

Terima kasih Kekanda Wan Hasrina, insyaAllah kita bertemu lagi dalam sesi usrah akan datang

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Wednesday 27 April 2011

Bacaan yasin & tahlil sempena pemergian ayahanda Pn Nashirah


Pada 25 April yang lepas, sekitar jam 8.15 malam, Dewan Muslimat PAS Puchong menerusi inisiatif Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan serta Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil ringkas sempena pemergian ayahanda Pn Nashirah (SU DMP Puchong) ke rahmatullah pada 24 April 2011, sekitar jam 12.30 tengah malam. Alhamdulillah, kehadiran agak ramai dari muslimat-muslimat cawangan walaupun dipanggil dalam tempoh yang agak segera, jazakallahu khairan kathira diucapkan. 

Difahamkan daripada Pn Nashirah, ayahandanya adalah bekas penggerak PAS Cawangan di kampungnya di Kedah. Sehingga beberapa jam sebelum pemergiannya, beliau masih bercerita tentang laporan / berita yang ada dalam Harakah dan bertanyakan tentang Bengkel Halatuju DMP Puchong yang berlangsung pada siang harinya. Didoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di sana. Perginya seorang pejuang PAS, meninggalkan pewaris yang insyaAllah adalah penerus perjuangan ini juga. Al-Fatihah.


Muslimat yang hadir mendengar sedikit ucapan daripada Pn Nashirah

Sedang membaca surah yasin

Selesai tahlil ringkas

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Mesyuarat Agung PAS Puchong kali ke-8

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, Mesyurat Agung PAS Puchong kali ke-8 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2011 yang lepas, bertempat di Kompleks 3C MPSJ, Bandar Sunway. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi. Dewan Muslimat PAS Puchong telah menghantar seramai 14 orang perwakilan. Mesyuarat berakhir sekitar jam 5.45 petang. Didoakan agar Saff Kepimpinan PAS Puchong yang telah dipilih akan dapat menjalankan amanah yang telah diberikan dengan penuh hikmah, dan memimpin ahli-ahli PAS seluruh peringkat untuk terus bekerja kerana Allah. Allahuakbar!

 
Saff pimpinan PAS Puchong sesi 2011-2013 bergambar di akhir mesyuarat


Perwakilan Dewan Muslimat PAS Puchong tampil kemas dan bersemangat, tahniah! Teruskan perjuangan!

Pn Norzaihan memberi ucapan penangguhan, menyeru agar para muslimin membenarkan dan menyokong isteri masing-masing agar turut bersama-sama dengan semua aktiviti atau program anjuran Dewan Muslimat PAS Puchong

Sempat lagi memberi 'pose' terbaik! 
Semoga terus bersemangat menerajui saff muslimat, melalui ukhuwwah islamiyyah yang terjalin

Perwakilan dan pemerhati muslimat dari beberapa cawangan, tahniah dan terima kasih kerana 'berjuang' bersama-sama sehingga akhir mesyuarat

Saff DMP Puchong menekuni isi perbincangan dan perbahasan

Sesi pemilihan yang menampakkan tahap disiplin perwakilan muslimat, pangkah ahli PAS sahaja ya!


Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Bengkel Halatuju DMP Puchong sesi 2011-2012


Alhamdulillah, sebagai permulaan untuk menggerakkan Dewan Muslimat PAS Puchong pada sesi 2011-2013, satu bengkel halatuju telah diadakan pada 23 April 2011, bertempat di Pejabat Pentadbiran PAS Puchong. Sekitar jam 8.30 pagi, AJK DMP Puchong bersarapan sambil berbual santai. Pad jam 9.30 pagi, bengkel dimulakan dengan nyanyian bersemangat Lagu PAS dan Doa Rabitah, disusuli dengan ucapan aluan serta tazkirah daripada Ketua Muslimat PAS Puchong, kemudian diikuti dengan sesi taaruf ringkas melibatkan semua AJK, dan seterusnya sesi pembentangan setiap lajnah / jabatan oleh Ketua Lajnah atau wakilnya. 

Alhamdulillah, bengkel ini berjaya mencapai beberapa objektifnya, dan paling penting, percambahan idea serta kerjasama yang amat padu telah diberikan oleh setiap AJK yang hadir. Ditambah pula dengan makan tengahari secara berjemaah serta solat Zuhur berjemaah, hal ini secara tidak langsung mengeratkan lagi ukhuwwah sesama AJK. Tahniah! Jazakallahu Khairan Kathira. Semoga Allah memberkati segala perancangan ini dan dipermudahkan urusan untuk melaksanakan setiap program yang dirancang. Allahuakbar!

AJK mempusatkan fokus kepada pembentangan yang sedang berlangsung

Suasana santai dan ceria menggalakkan percambahan idea

Menekuni setiap isi perbincangan agar bengkel mencapai objektifnya

Semoga thabat dalam perjuangan ini

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

DMPK ziarah anak En Rozman dan ziarah Pn Hasnah


Pada 19 April 2011 yang lepas, Pn Nashirah serta Cik Nor Hidayah telah melawat anak kepada En Rozman (Penolong SU PAS Puchong 1) di Hospital Putrajaya akibat kemalangan yang berlaku sehari sebelumnya. Sesampainya kami di hospital, anaknya sedang berada dalam bilik pembedahan dan dijangka melalui pembedahan tulang dan kerangka muka selama 7 jam. Menurut ibu mangsa (isteri kepada En Rozman), mangsa mungkin terpaksa menangguhkan pengajian semester pertamanya di UM untuk memastikan tahap kesihatannya pulih keseluruhannya. Doktor memberi keyakinan bahawa mangsa akan kembali normal. Doktor yang merawatnya menganggarkan kos rawatan ialah sekitar RM 7000. Didoakan agar mangsa dan keluarganya tabah dan sabar mengharungi ujian daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Pada keesokan harinya iaitu 20 April 2011, DMPK yang diwakili oleh Pn Norzaihan, Pn Norizan serta beberapa AJK telah menziarahi Pn Hasnah (Guru Kanan PASTI Putra Permai) di Hospital Serdang kerana menjalani pembedahan di bahagian lutut. Menurut Pn Hasnah, beliau tidak mengalami apa-apa simptom kesakitan di lutut atau apa-apa tanda untuk sebarang penyakit. Didoakan agar Pn Hasnah juga tabah dan sabar menghadapi ujian ini, dan disembuhkan segera dengan izinNYA untuk kembali bertugas di PASTI.

"Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan."

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Gelombang Munajat Perdana Muslimat


Alhamdulillah, pada 9 April 2011 yang lepas, program pertama Dewan Muslimat PAS Puchong untuk sesi 2011-2013 telah diadakan, bertempat di Markaz Kg Kenangan. Program yang diberi nama "Gelombang Munajat Perdana Muslimat" adalah program yang diturunkan dari Dewan Muslimat PAS Pusat ke setiap Dewan Muslimat PAS Kawasan, dengan tujuan menyediakan pertahanan rohaniah dalam diri setiap muslimat untuk menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi. 

Pada jam 6 petang, semua muslimat yang hadir, iaitu terdiri daripada AJK DMP Puchong, Ketua Muslimat Cawangan-cawangan, Nisa', Majlis Guru PASTI Kawasan, serta muslimat-muslimat cawangan, berkumpul di tingkat bawah markaz, menikmati juadah makan malam yang "simple tetapi amat menyelerakan". Semua yang hadir berbual santai sambil menantikan kehadiran Ustazah Tahirah Ahmad (Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor) yang akan mengendalikan slot Munajat Perdana selepas solat Maghrib. 

InsyaALLAH program ini di bawah Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan DMP Puchong akan diteruskan setiap bulan pada minggu kedua, bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, bacaan wirid, solat hajat serta solat Isyak berjemaah, dan bersambung sehingga ke Kuliah Haraki bersama Al Fadhil Ustaz Zulkifli (Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka). Oleh itu para muslimat sekelian, marilah kita sama-sama hadir, bersatu dalam doa, semoga saff muslimat samada di peringkat kawasan mahupun cawangan mendapat keberkatan Allah, dalam usaha kita menawan hati para pengundi dan mad'u di Puchong ini untuk menerima Islam melalui perjuangan PAS. Allahuakbar!



Ustazah Tahirah memimpin bacaan wirid

Muslimat-muslimat yang hadir sedang meng'amin'kan doa, semoga Allah menerimanya, Allahuakbar!

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

MISI BANTUAN BENCANA ALAM DI TAMAN SERDANG JAYA


15 April 2011, Jumaat, 10.30 malam
                
Delegasi DMP Puchong yang diketuai oleh Pn Norzaihan Ismail bersama beberapa AJK DMP Puchong telah mengadakan ziarah ke rumah-rumah yang mengalami bencana alam di sekitar Taman Serdang Jaya (TSJ). Ketua Muslimat Cawangan TSJ, Cik Farhah Fauzi bersama muslimat TSJ telah berada di situ lebih awal. Sesampainya kami di situ, beberapa ahli JKP Zon 20 dan juga pemuda Cawangan TSJ telah pergi ke beberapa buah rumah sambil mengedar bungkusan makanan serta borang untuk mendapatkan bantuan dari MPSJ melalui JKP Zon 20. Melalui perbualan bersama penduduk tempatan yang menjadi mangsa, rumah-rumah mereka kebanyakannya dimasuki air hujan kerana atap rumah tercabut akibat hujan lebat yang turun dalam pukul 5 hingga 6 petang. Kami dapati, ada atap yang berterbangan ke rumah lain, serta bahagian-bahagian tertentu rumah ranap. Sekitar jam 12.30 pagi, kami beransur pulang.

Sesungguhnya Allah jualah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Maka sebagai hambaNYA, selayaknyalah kita sandarkan kepada Allah SWT untuk memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Wallahu’alam.

“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.” (Ar-Rahman: 26)

“Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.” (Ar-Rahman: 27)
 
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Ar-Rahman: 28)

 MEMPERKASA PARTI, MEMPERTAHAN KEMENANGAN, 
MENJULANG 'IZZAH

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Puchong kali ke-8

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pada 27 Mac 2011 yang lepas, bersamaan 22 Rabiulakhir 1432H, sekitar jam 9.30 pagi telah diadakan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Puchong kali ke-8 di Balai Masyarakat JKP Zon 13, Jalan 4/2A, Taman Puchong Perdana. Perasmian telah disempurnakan oleh Ustazah Mariam Bt Abdul Rashid, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS), manakala pemerhati dari DMPNS ialah Ustazah Mukminah dan pemerhati PAS Puchong ialah Hj Amin. Pemilihan kali ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh SPR yang diketuai oleh Pn Che Oum beserta petugas-petugasnya dari Hulu Selangor. Jawatankuasa DMP Puchong untuk sesi 2011-2013 menyaksikan gabungan muslimat veteran yang penuh dengan pengalaman, serta kehadiran tenaga muda yang InsyaAllah bersedia dipimpin dan memimpin. Semoga AJK DMP Puchong sesi ini dapat menggerakkan Dewan Muslimat PAS Kawasan bersama-sama dengan seluruh muslimat di peringkat akar umbi, untuk mencapai Wehdatul Fiqr, Qalb dan 'Amal, khususnya di Puchong ini. 

MEMPERKASA PARTI, MEMPERTAHAN KEMENANGAN, 
MENJULANG 'IZZAH

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Gambar-gambar sekitar hari berlangsungnya Mesyuarat Agung DMP Puchong

 Sesi pendaftaran

Menyambut kehadiran perwakilan dan pemerhati
Perasmian oleh Ustazah Mariam Bt Abdul Rashid
Mesyuarat Agung sedang berlangsung, bersama mantan AJK DMP Puchong sesi 2009-2011

Mantan Ketua NISA Puchong sesi 2009-2011 sedang menjawab soalan


Perwakilan dari Cawangan Aman Berkat

 Perwakilan dari Cawangan Taman Puchong Intan

Perwakilan dari Cawangan Taman Sri Serdang 
 Muslimat-muslimat dari 30 cawangan, tahniah!

 Rapatkan saff, luruskan niat, takbir!

Terima kasih Pn Che Oum dan rakan-rakan, mohon maaf andai ada salah silap, senang-senang datanglah lagi ke Puchong

Mantan Ketua Muslimat sesi 2009-2011 memberi ucapan penangguhan

Ketua Muslimat sesi 2011-2013, Pn Norzaihan Bt Ismail memberi ucapan penangguhan, penghargaan serta kata-kata harapan kepada seluruh muslimat yang hadir

Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum wrbt

Selamat datang ke Blog Dewan Muslimat PAS Puchong.

Sebarang pertanyaan, boleh di emailkan ke dmppuchong@yahoo.com.

Mari bersama kami, menegakkan ISLAM di Puchong!

ALLAHUAKBAR!