Wednesday 27 April 2011

Gelombang Munajat Perdana Muslimat


Alhamdulillah, pada 9 April 2011 yang lepas, program pertama Dewan Muslimat PAS Puchong untuk sesi 2011-2013 telah diadakan, bertempat di Markaz Kg Kenangan. Program yang diberi nama "Gelombang Munajat Perdana Muslimat" adalah program yang diturunkan dari Dewan Muslimat PAS Pusat ke setiap Dewan Muslimat PAS Kawasan, dengan tujuan menyediakan pertahanan rohaniah dalam diri setiap muslimat untuk menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi. 

Pada jam 6 petang, semua muslimat yang hadir, iaitu terdiri daripada AJK DMP Puchong, Ketua Muslimat Cawangan-cawangan, Nisa', Majlis Guru PASTI Kawasan, serta muslimat-muslimat cawangan, berkumpul di tingkat bawah markaz, menikmati juadah makan malam yang "simple tetapi amat menyelerakan". Semua yang hadir berbual santai sambil menantikan kehadiran Ustazah Tahirah Ahmad (Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor) yang akan mengendalikan slot Munajat Perdana selepas solat Maghrib. 

InsyaALLAH program ini di bawah Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan DMP Puchong akan diteruskan setiap bulan pada minggu kedua, bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, bacaan wirid, solat hajat serta solat Isyak berjemaah, dan bersambung sehingga ke Kuliah Haraki bersama Al Fadhil Ustaz Zulkifli (Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka). Oleh itu para muslimat sekelian, marilah kita sama-sama hadir, bersatu dalam doa, semoga saff muslimat samada di peringkat kawasan mahupun cawangan mendapat keberkatan Allah, dalam usaha kita menawan hati para pengundi dan mad'u di Puchong ini untuk menerima Islam melalui perjuangan PAS. Allahuakbar!



Ustazah Tahirah memimpin bacaan wirid

Muslimat-muslimat yang hadir sedang meng'amin'kan doa, semoga Allah menerimanya, Allahuakbar!

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

No comments:

Post a Comment