Saturday 30 April 2011

Usrah Qiadah


Alhamdulillah, Usrah Qiadah yang pertama telah diadakan pada 29 April 2011, bertempat di Pejabat Pentadbiran PAS Puchong, jam 8 malam. Usrah Qiadah ini dikhususkan untuk semua peringkat kepimpinan muslimat iaitu AJK DMP Puchong, Ketua Muslimat Cawangan serta AJK Tertinggi NISA. Usrah ini dipimpin oleh Naqibah Ustazah Wan Hasrina, Ketua Muslimat DMPNS merangkap AJK Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Muslimat PAS Pusat. Sementara menantikan kehadiran Ustazah Wan Hasrina, muslimat yang hadir mendirikan solat Isyak berjemaah. 

Buku yang dibincangkan untuk Usrah Qiadah kali ini ialah buku karangan Ustaz Mustafa Masyhur yang bertajuk Jalan Dakwah: "Antara Penyelewengan dan Keaslian." Ustazah Wan Hasrina sempat mengupas 3 bentuk penyelewengan yang dinyatakan dalam buku tersebut iaitu penyelewangan dalam bentuk matlamat perjuangan seseorang ahli gerakan islam, penyelewengan dalam bentuk sasaran ahli tersebut dalam perjuangan, dan penyelewengan berkaitan penglibatan ahli dalam jemaah. Usrah diakhiri dengan sesi soal jawab. Semoga tinta ilmu yang disampaikan dapat dijadikan iktibar oleh sekelian yang hadir dan dikongsikan bersama dalam usrah muslimat cawangan. Allahuakbar!

Ucapan ringkas daripada Ketua Muslimat, Pn Norzaihan sebelum usrah dimulakan


Muslimat yang hadir khusyuk menadah ilmu yang disampaikan

Sesi usrah berlangsung dengan santai, tetapi amat terkesan dengan penyampaian yang jelas daripada Kekanda Wan Hasrina

Terima kasih Kekanda Wan Hasrina, insyaAllah kita bertemu lagi dalam sesi usrah akan datang

Memperkasa Parti, Mempertahan Kemenangan, Menjulang 'Izzah

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment